Salam 1 Malaysia.. Alopphye! Pa kabar kamurang sana? Blog ni saya bina khas untuk share data dgn korang mengenai m/p pengkhursusan guru dan ada juga saya selitkan sekali mengenai sebilangan memori indah yang pernah hinggap dalam hidup saya.. Kalau korang nda berkenan, harap maaf ya.. yang baik pastinya datang dari yang Maha Esa.. dan yg kurang itu datang dari saya sendiri.. Apa2pun.. Jum layannn blog sa ;)

BMM3104


ISL 1 : MAKLUMAT-MAKLUMAT TENTANG PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
 (a)Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengar kan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian. Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturUntuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikutsituasi perhubungan di sekolah dan dalam  kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya  kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah.  Dengan demikian, pengelompokan  pengajaran  kemahiran bertutur  dapat diklasifikasi mengikut peringkat:  peringkat awal, pertengahan dan maju.
 1. Peringkat awal(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau  kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu  dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
   2. Peringkat pertengahan(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa
     bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
  3. Peringkat maju(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
      sebagainya;
(b) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil  bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.


ISL 2 : DUA KAEDAH DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Kaedah Pengajaran Kemahiran Lisan
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif  mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut  konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.  Berikut merupakan kaedah pengajaran  yang  dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

1.     Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam  perbualan tersebut.   Hal ini berlaku sebagaimana  kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru  dan mengulangi perlakuan bahasa yang  mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman  dalam berbahasa. Pengajaran  bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:
(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;
(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan
(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut:
1. Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
2.    Murid  dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
3.  Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik.
Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.  Kaedah ini dianggap  berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya.  Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan.  Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

2.     Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada  keperluan  menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan.   Sehubungan dengannya,  guru  terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai  sebaik-baiknya  oleh murid sebelum  mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu.  Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee              -           kopi
school              -           sekolah
radio                -           radio
bicycle             -           basikal
biscuit              -           biskut

manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Contoh:
Subjek
Kata kerja
Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah
to school
Dia
He
minum
drink
susu
milk

Dengan demikian  murid boleh memahami  dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan  menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:
(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.




3.     Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman  bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa;
(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.  Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.   Dengan demikian, kaedah ini  mengutamakan penggunaan bahasa,  justeru bahan sama ada  yang digunakan atau  diperdengarkan  perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan.   Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing  yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif  supaya murid dapat membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran  bahasa  berkenaandengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa,  iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah
pengajarannya seperti berikut:
(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.  Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana  mereka suka meniru dan menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.




4.     Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.  Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.  Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.
(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.   Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaianmasalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supayamereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.  Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.  Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau  latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.  Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam  proses  pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.  

ISL 3: Jelaskan 3 Aktiviti Untuk Mengajar Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
 Aktiviti Kemahiran Mendengar

          Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran mendengar ialah mengenal, mengecam, membuat inferens, menganalisis, merumus dan menilai. Setiap aktiviti saling berkaitan antara satu dengan lain dan berlaku secara berterusan. Iniditerangkan seterusnya.
(i)              Mengenal
Aktiviti ini ialah asas dalam proses mendengar. Proses mendengar bermula dengan aktiviti mengenal sesuatu bunyi. Secara umumnya,terlalu banyak bunyi yang perlu didengari dalam kehidupan kita.Pada peringkat ini, dalam konteks kemahiran mendengar, pendengarakan memastikan bahawa apa yang didengari itu ialah bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. Hal ini bermakna bahawa seseorang pendengar perlu mengenal atau mengetahui apakah bunyi yang bermakna dan apa pula bunyi yang perlu diabaikan.
(ii)            Mengecam
Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu didengari, pendengar akan masuk ke peringkat pengecaman pula. Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna, pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata di samping intonasi, jeda, dan tekanan suara. Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan dengan pantas.
(iii)           Membuat Inferens
Membuat inferens bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan atau kosa kata yang didengar dengan objek atau perkara yang sesuai. Sebagai contoh, perkataan ÂmuridÊ mempunyai inferensi dengan ÂsekolahÊ. Semakin pantas seseorang pendengar membuat inferens, maka semakin cepatlah dia memahami apa yangdidengarinya. Sebaliknya, jika seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang didengarinya.
(iv)          Menganalisis
          Menganalisis ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi, apabilaseseorang pendengar itu boleh memilih dan menentukan antara faktadengan yang bukan fakta.
(v)            Merumus
          Merumus memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan atau kefahaman baru terhadap apa yang telah didengari.
(vi)          Menilai
          Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tinggi. Ia adalah apabilasesorang pendengar itu boleh membuat penilaian terhadap apa yangdidengarinya. Dalam peringkat ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta atau palsu, dan dapat pula mengagak latar belakang sipenutur. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila seseorangpendengar itu telah melalui semua aktiviti yang dibincangkan tadi



Aktiviti Kemahiran Bertutur
Antara aktiviti kemahiran bertutur yang boleh dijalankan di sekolah ialah berbual, memberikan pendapat, berbincang, memujuk, berunding, berurus, bercerita dan teater bercerita. Ini dibincangkan seterusnya
(a)  Berbual
Aktiviti ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung di dalam kelas. Guru boleh berbual dengan pelajar tentang pelajaran yang telah diajarkan, isu-isu semasa yang menarik atau mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar bertutur secara yakin. Pada masa yang sama, guru boleh mengenal pasti kelemahan pelajardalam aspek pertuturan.
(b)  Memberikan Pendapat
Aktiviti ini boleh dilakukan secara spontan atau terancang. Pelajar boleh diminta memberikan pendapat secara spontan tentang perkara-perkara umum, khususnya tentang sekolah dan tempat tinggal masing-masing.Secara terancang, aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara guru terlebih dulu menyediakan tajuk-tajuk atau isu yang akan dibincangkan. Walau bagaimanapun, guru seharusnya memberikan struktur, cara dan gaya ketika memberikan pendapat tersebut kepada pelajar.
(c)  Bercerita
Bercerita ialah aktiviti pertuturan yang menarik, terutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam aktiviti ini, guru perlu menegaskan tentang intonasi dan gaya bertutur yang sesuai ketika bercerita.
(d)  Teater Bercerita
Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yangdilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon danpencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita,manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan olehpencerita itu. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur denganintonasi yang betul.
(e)  Berbincang
Untuk menjalankan sesuatu perbincangan, guru perlu menyediakan tajukyang sesuai dan menarik. Pelajar perlu dipandu untuk bercakap secara bergilir-gilir dalam aktiviti perbincangan ini. Guru mestilah mengawalperjalanan sesuatu perbincangan supaya tidak terkeluar daripada tajuk yangditetapkan.
(f)   Memujuk
Memujuk ialah suatu aktiviti kemahiran bertutur yang memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi. Hal ini kerana bahasa pujukan mengandung ciri-ciri hiperbola yang berperanan untuk meyakinkan pendengar. Dalam aktiviti ini, pelajar boleh diminta berperanan sebagai jurujual dan mereka diminta mempromosikan barang jualan mereka secara lisan.


Strategi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
(i)              Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam situasi yang bermakna dan menarik.
(ii)             Kepelbagaian isi dan bentuk pengajaran.
(iii)             Memfokuskan pengajaran kepada suatu isi dan kemahiran tertentu.
(iv)           Pengajaran bertumpu kepada pelajar.

(c) Aktiviti pengajaran & pembelajaran kemahiran mendengar
          Dalam melaksanakan pengajaran kemahiran mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikankeberkesanan pengajaran tersebut. Terdapat 3 peringkat aktiviti pengajarandan pembelajaran kemahiran mendengar, iaitu:
(i)              Peringkat pramendengar
·       Guru menyediakan tugasan kepada pelajar.
·       Guru memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan didengar.
·       Guru memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk mendengar.
(ii)            Peringkat semasa mendengar 
·       Pastikan pelajar memberikan tumpuan kepada bahan.
·       Elakkan sebarang gangguan dan halangan semasa mendengar.
(iii)           Peringkat selepas mendengar
·       Guru mendapatkan respons daripada pelajar.
·       Guru memberikan rumusan terhadap bahan yang didengar.
·       Guru melaksanakan tindakan susulan.

ISL 4 : INSTRUMENT MENILAI KEMAHIRAN MENGENGAR DAN BERTUTUR
Instrument penilaian kemahiran mendengar: 
1. Tahap kebolehan murid-murid memahami maksud yang didengar dalam teks yang dirakamkan.
2. Terdiri daripada pelbagai jenis laras seperti laporan, ucapan, syarahan, perbincangan dan perbahasan.
3. Kecekapan berbahasa murid dapat dinilai melalui kemahiran mendengar seperti berikut:
a. Petikan Laporan. Berdasarkan petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan oleh gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat.
b. Petikan Ucapan. Membuat rakaman berdasarkan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan yang menggunakan bahasa, intonasi dan sebutan yang betul.
c. Petikan Syarahan. Teks yang mempunyai tajuk tertentu disampaikan dengan menggunakan bahasa ,intonasi, gaya dan suara yang menarik.
d. Petikan Perbincangan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam situasi bilik darjah antara guru dengan murid-murid yang mengandungi isi dan idea yang jelas, tepat dan teratur.
e. Petikan Berbahasan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendeharaan kata dan susunan kata yang sesuai , gaya dan suara yang baik.
Instrument penilaian kemahiran bertutur:
Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan, tekanan, jeda, intonasi tatabahasa, kelancaran dan kefasihan.
1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.
2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysi, tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..
3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar. Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Contoh ayat seperti berikut:
1. (# saja minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain)
2. /# saja minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi)
4. Intonasi. Intonasi adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.
5.Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.
6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur.
7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.

Kesimpulannya instrument menilai kemahiran mengengar dan bertutur boleh dilakukan melalui aktiviti seperti yang berikut:
·       Bacaan kuat
·       Syarahan
·       Perbahasan
·       Bercerita
·       Perbincangan
·       Hafazan
·       Temu bual
·       Soal jawab
·       Nyanyian
·       Deklamasi sajak
·       Mendengar dan memberi respon secara lisan

ISL 5 : PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA
Peringkat kemahiran membaca
q   Kemahiran  membaca bukan lahir secara semulajadi tetapi memerlukan  pembentukan dengan asas-asas yang sempurna dan kukuh agar mendapat kesan yang baik.
q   Persediaan pada peringkat asas amat penting dan perlu dilakukan dengan hati-hati kerana boleh mendatangkan kesan.
q   Para pengkaji berpendapat membaca tidak akan bermakna sekiranya murid-murid tidak dapat  memberikan erti pada bahan-bahan yang dibaca.
q    KementerianPelajaran telah mengambil langkah pada peringkat rendah dengan memberikan penegasanpada kemahiran meembaca dan memahami.



·       Teknik Membaca KWLH
·       Teknik Membaca SQ3R
·       Skimming dan Scanning
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
membaca pantas
membaca kritis
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
                 Know (K)
Apa yang sudah diketahui?
                 Want (W)
Apa yang hendak diketahui?
               Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh?
                 How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?
 


 


 


 



SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey)     tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read)       baca
R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)   baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

ISL 7: Huraian tentang teknik kemahiran membaca (Teknik SQ3R)
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK SQ3R
Apakah teknik sq3r itu?
Teknik SQ3R digunakan oleh guru   untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.
Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .
Ini semua dapat dilakukan dengan  memberi penekanan kepada tinjauan
Maklumat diperoleh melalui penyoalan.
Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula
 
Apakah yang berlaku pada setiap peringkat bacaan?
1.     Survey
  Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2.     Soalan (Question)
Pada peringkat ini, pelajar  membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu:
·       what (apa?),
·       when  (bila?),
·       where (di mana?),
·       why (mengapa?),       
·       who (siapa?) 
·       how (bagaimana?).
Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.

3.     Membaca  (Read)
      Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

4.     Recite (Menyebut/Mengulang)
 Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5.     Review (Menyemak) 
     Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).

TUJUAN SQ3R
      I.          Membolehkan pelajar membaca secara kritis.
    II.          Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk   dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
  III.          Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
  IV.          Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi.


ISL 8 : Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang sesuai
CIRI-CIRI BAHAN BANTU MENGAJAR
I.     Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

II.     Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan.

III.     Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud yang tersirat terdapat dalam Alat Bantu Mengajar yang digunakan.

IV.     Membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam Alat Bantu Mengajar.

V.     Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
      Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

  1.        Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :
a)    objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b)    Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c)     Keadaan pelajar
d)    Suasana pembelajaran
e)    Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi  tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

  1.        Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a)    bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b)    Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c)     Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.
d)    Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e)    Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f)      Bahan yang umum kepada teori.
g)    Bahan masakini kepada masa akan datang.

  1.        Menepati 
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a)    Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b)    Susunan bahan
c)     Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d)    Maklumat yang kemaskini
e)    Perbendaharaan kata yang sesuai
f)      Bahan pengajaran yang diperakui.

  1.        Menarik
a)    Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b)    Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c)     Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d)    Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e)    Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

  1.        Jimat dan mudah
Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

  1.        Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

  1.        Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

ISL 9 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
PENGERTIAN

Pengujian
Didefinisikan sebagai prosedur bersistem yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperlihatkan ciri pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan (Nitko, 2004)
Penilaian
Penilaian ditakrifkan sebagai suatu proses dalam  membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar (Nitko, 2004)

KEMAHIRAN MEMBACA
#    Merupakan salah satu kemahiran yang terletak di bawah kemahiran bahasa iaitu:
         - kemahiran mendengar
         - kemahiran bertutur
         - KEMAHIRAN MEMBACA
         - kemahiran menulis
#      Satu proses yang komplek yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.

JENIS PENGUJIAN KEMAHIRAN MEMBACA
Terdapat 2 jenis bacaan:
1.      Bacaan senyap
-        Senyap-untuk terima komunikasi
-        Mengikut Frank Smith (1980) terdapat dua jenis bacaan senyap :
-        Bacaan fungsian- untuk tujuan khusus atau tertentu mendapatkan maklumat apabila seseorang itu merujuk dan membaca.
o   cth: kamus, buku teks, ensiklopedia, dan lain-lain.
-        Bacaan rekreasi - untuk mengisi masa lapang dan tujuannya untuk mendapatkan keseronokan
o   cth: novel, cerpen, majalah, surat khabar dll
        
2.      Bacaan lisan / nyaring
         - Bertujuan untuk menyampaikan atau menyalurkan komunikasi
Taksonomi Kefahaman Bacaan
        Memandangkan kepada Teksonomi Bloom tidak begitu  mengkhususkan kepada pembelajaran melalui pembacaan  semata-mata- ia jarang digunakan dalam pengujian bacaan senyap.
        Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terhadap Taksonomi Bloom oleh ahli bahasa seperti :
1.      Smith (1969):
2.      Barnett (1972)
3.      Lamberg & Lamb (1980)

  1.        Smith (1969):
         Frank Smith membahagikan kefahaman bacaan kepada empat:
        Literal
        Pentafsiran
        Penilaian kritis
        Kreativiti
                                                           
  1.        Barnett (1972)
         Barnett pula membahagikan kefahaman bacaan kepada lima iaitu:
        Literal
        Penyimpulan
        Pentafsiran
        Penilaian
        Penikmatan

  1.        Lamberg & Lamb (1980)
         Membahagikan kefahaman bacaan hanya kepada tiga tahap iaitu:
        Literal
        Tafsiran
        Kritis dan kreatif

Kefahaman Jenis Literal
        Iaitu kebolehan memahami maksud tersurat. Penyoalan bermula dengan perkataan apakah, siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan dll.
Kefahaman Jenis Tafsiran
        Iaitu kebolehan membuat interpretasi.
        Penyoalan bermula dengan perkataan mengapakah,  bagaimanakah, jelaskan, terangkan, bandingkan  atau bezakan.
Kefahaman Jenis kritis/ Kreatif
        Kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu (maklumat, idea, pendapat, pandangan, dan  lain-lain). Penyoalan biasanya bermula dengan  Perkataan buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan,  apakah kesimpulan, apakah kemungkinan dan  lain-lain.

Tujuan menguji kemahiran membaca secara senyap
        Aspek paling penting dalam bacaan senyap ialah kefahaman.
        Aspek kefahaman pula bermaksud:
         - memahami pemikiran penulis
         - memahami bahan bertulis
         - menerima komunikasi
         - menyedut maklumat daripada teks

JENIS-JENIS PENGUJIAN KEFAHAMAN BACAAN SENYAP
        Penyoalan secara terbuka
        Soalan aneka pilihan
        Soalan pilihan benar / tidak benar
        Teknik kloz
        Soalan Padanan
        Soalan menerangkan semula
        Membuat ringkasan karangan
        Mengubah petikan
        Menyusun semula

Jenis Pengujian
1.      Penyoalan secara terbuka
-        Merupakan teknik penyoalan kefahaman bacaan yang paling lama.
-        Pelajar perlu menggubal ayat menggunakan bahasa sendiri.
-        Teknik yang mencabar daya luahan pelajar.
-        Memerlukan masa yang lebih lama berbanding dengan teknik yang bersifat objektif.
-        Biasanya digunakan semasa menjawab soalan kefahaman bacaan dan ujian formal dan diagnotik.
-        Perlu kepada satu skim pemarkahan yang standard.
2.     Soalan Aneka Pilihan
-        Merupakan satu teknik baru jika dibandingkan dengan teknik penyoalan secara terbuka.
-        Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi pemarkahan dan pengukuran.
-        Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa dari pelajar.
-        Menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan betul.

Prinsip Penyediaan Soalan Aneka Pilihan
-        Arahan perlu jelas-pilih jawapan yang paling tepat.
-        Soalan dan jawapan padat , jelas ,tidak berbunga-bunga elak pelajar buang masa.
-        Setiap jawapan pilihan ditulis dengan menarik dan jawapan adalah munasabah.
-        Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak , elak pelajar meneka.
-        Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
-        Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad  

3.         Pilihan Benar atau Tidak Benar
        Terdiri dari 3 bahagian iaitu:
            i.          Stimulus (jika ada)
            ii.         Pernyataan
            iii.         Jawapan pilihan
        Amat sesuai untuk menguji fakta yang dipelajari.
        Bertujuan untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.
Prinsip-prinsip pembinaan Item Betul / Salah :
-        Arahan jelas , sama ada perlu tanda ( / ) atau ( X )
-        Pernyataan hendaklah padat, jelas, tidak berbunga-bunga.
-        Taburan jawapan betul / salah tidak ikut sistem tertentu - elak meneka.
-        Aras kesukaran perlu setara – panjang, pendek hampir sama.
-        Sediakan bilangan pernyataan betul hampir sama dengan pernyataan salah.
4.      Teknik Kloz
        Mula digunakan tahun 1950an di Amerika Syarikat.
        Dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan oleh Wilson Taylor (1953).  
        Memerlukan seseorang pelajar memahami teks secara am dahulu sebelum memahami secara terperinci.
        Pelajar terpaksa mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai mengikut maksud.
        Pelajar juga perlu menggunakan isyarat linguistik dari segi sintaksis dan semantik menurut makna perkataan dalam kontek dan struktus sesuatu ayat.
        Sebagai alat untuk menguji kefahaman bacaan.
Prinsip Pembinaan Item Kloz.
-        Arahan hendaklah jelas sama ada perlu isi jawapan dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
-        Pernyataan jelas, padat, tidak berbunga-bunga.
-        Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
-        Perkataan yang dikosongkan terdiri daripada perkataan penting sahaja.
-        Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan.
-        Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan
5.     Soalan Padanan
        Terdiri daripada 2 set maklumat yang perlu    dipadankan oleh pelajar.
        Mungkin terdiri daripada perkataan , konsep, prinsip atau pernyataan.
        Ada perkaitan maklumat antara set 1 dan set 2.
        Padanan yang mengandungi 2 set maklumat menjadikan padanan sebagai “banyak soalan dalam satu soalan.

TEKNIK PEMARKAHAN
        Teknik pemarkahan menggunakan ujian kloz boleh digunakan sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
        tidak sukar dilakukan dan boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu.
        Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan
        Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan
        Langkah 1: Pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.
        Langkah 2: Berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
        Ciri-ciri :
        Pilih petikan lebih kurang 250 pp
        Guru guna nisbah 1:5 bermakna 50 item (tempat kosong)
        Perkatan kelima dikeluarkan (dikosongkan)
        Sek. Rendah (100-160pp),sek. Men (250-300pp)

Contoh soalan untuk pemarkahan membaca
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan salah satu mata…………… penting kepada murid-murid di sekolah. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat………… badan mereka. Mereka akan sihat setelah melakukan……………… Badan mereka pun akan menjadi cergas. Oleh itu, mereka boleh belajar dengan……………… .Pendidikan Jasmani juga turut merehatkan otak mereka. Ini kerana murid-murid banyak menghabiskan masa dengan………… di sekolah.


Cara memarkah menggunakan teknik kloz
        Cara memarkah
        3 markah untuk jawapan tepat (spt petikan asal)
        2 markah jika perkataan sendiri
        1 markah jika makna logik
        0 markah jika makna tak logik/tak jawab
Cara mentafsir markaz kloz:~
-         150 markah (50 item x 3 markah).
-         Jadikan ianya dalam bentuk % iaitu: 80/150 x 100 = 53.3%
Davis & Vincent (1977)

  
SKALA
PERINCIAN
        % Markat Pelajar
       Peringkat Bacaan Pelajar
Penerangan
75 % ke atas
   Peringkat bersendirian
-        Murid telah mencapai tahap bacaan pemahaman yang baik.
-        Menunjukkan kebolehan membaca
-        Memahami bahan bacaan dengan bersendirian tanpa memerlukan bantuan
25 % - 50 %
Peringkat bimbingan
-        Pelajar menghadapi masalah dalam bacaan & pemahaman
-        Memerlukan pertolongan & bimbingan
0 % - 25 %
Peringkat kecewa
-        Pelajar menghadapi banyak masalah dalam bacaan & pemahaman
-        Pelajar merasa kecewa dengan situasi yang dihadapi
  



ISL 10: Tujuan mengajar kemahiran menulis di sekolah rendah

TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS
Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Gerak kerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahan-bahan yang berkaitan. Selain itu, kemahiran menulis juga bertujuan untuk merakamkan sejarah atau peristiwa, membuat catatan disamping dapat menambahkan koleksi bahan-bahan penulisan. Dua aspek kemahiran menulis iaitu :
i.                 Tujuan serta merta
a.     Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkankanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.
b.     Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
c.      Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.
d.      Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
e.      Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.
f.      Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.
g.     Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

ii.                Tujuan lanjut
a.     Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.
b.     Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
c.     Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

ISL 11
Pendekatan Pengalaman Bahasa
• Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih.
• Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk  membina cerita.
• Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru.
• Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan .
• Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita.
Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah cerita selesai:
*   Guru membaca secara nyaring, murid mendengar.
*   Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.
*   Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.
*   Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.


ISL 13
PANDUAN PENULISAN KARANGAN
  •       mengenal pasti struktur perenggan
  •       mengenal pasti isi utama, isi sokongan dan isi penyimpul
  •       membina ayat topik, ayat huraian dan ayat penyimpul
  •       menyusun isi dalam perenggan
  •       menyemak perenggan
APAKAH PERENGGAN?
  •       Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. 
  •      Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. 
  •     Setiap kali berlaku perubahan isi atau fokus, kita perlu memulakan perenggan baharu.
APAKAH AYAT TOPIK?
  •    Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
  •     Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan  tentang perkara pokok tersebut.
  •      Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca.
  •     Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesebuah penulisan.
APAKAH AYAT HURAIAN?
  •        Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan.
  •     Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh.
  •    Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan antara satu sama lain.
  •       Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi fokus utama.
APAKAH AYAT PENYIMPUL?
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis:
  •        ayat yang menyatakan semula ayat topik.
  •        ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
  •        ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.
MENULIS PERENGGAN
                                         1
Tulis lima isi utama yang berlainan tentang tajuk yang dipilih.
                                         2
Fikir dan pilih satu isi utama yang sesuai bagi menyatakan isi atau idea yang ingin disampaikan dalam perenggan anda.
                                         3
Senaraikan isi sokongan bagi memberikan huraian, bukti atau fakta bagi memperincikan isi utama anda.
                                         4
Pilih dan susun isi-isi yang ada. Potong isi yang tidak berkait dengan isi utama.
                                         5
Tulis isi anda dalam bentuk ayat yang lengkap (ayat Topik dan ayat Huraian).
                                         6
Tulis ayat-ayat anda dalam bentuk sebuah perenggan.
                                         7
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mengikat ayat-ayat anda.
                                         8
Semak semula perenggan anda.

CONTOH SOALAN KARANGAN
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak dapat menjaga seorang ibu.
Huraikan peranan anak-anak untuk menjaga ibu bapa.

                                PETA MINDA
PENDAHULUAN
ISI 1-menjaga ibu bapa semasa mereka uzur
ISI 2-memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa
ISI 3-menziarahi ibu bapa pada musim cuti sekolah/perayaan
ISI 4-menyediakan pembantu rumah untuk ibu bapa
ISI 5-meluangkan masa membawa ibu bapa melancong
KESIMPULAN

JENIS-JENIS PENDAHULUAN
Suasana/Gambaran
Definisi
Fakta
Petikan Ucapan Pemimpin
Peribahasa
Persoalan

CONTOH 
Perenggan Pendahuluan

Dasawarsa ini sering kedengaran dari bangunan Parlimen yang berhawa dingin hingga ke warung-warung kopi di tepi jalan mengenai isu pengabaian ibu bapa. Anak-anak dewasa ini bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana membiarkan ibu bapa terlonta-lonta hidup merempat di rumah-rumah setinggan dan di rumah-rumah kebajikan. Apakah nilai-nilai murni sudah terhakis dari dalam diri anak-anak kita hari ini? Tepuk dada tanya selera kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mahukah kita melihat anak-anak generasi hari ini mewarisi sifat-sifat yang negatif ini kerana kalau kita mahu melihat pemimpin hari esok, lihatlah sikap anak-anak muda hari ini. Pepatah yang mengatakan seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu ada kebenarannya. Sebelum benang disulam menjadi kerawang, sebelum mata pena melakar aksara, moleklah kita menelusuri peranan dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa agar kudis tidak menjadi tokak dan bisul tidak menjadi barah di kemudian hari.

Perenggan 1 (Isi 1 - menjaga ibu bapa semasa mereka uzur)

Lumrah alam setiap benda hidup di dunia akan mengalami proses penuaan dan  seterusnya mati. Pokok yang tumbuh akan tua dan mati. Binatang yang hidup akan tua dan mati. Begitu juga dengan manusia. Setiap manusia akan melalui proses penuaan sebelum meninggalkan alam buana ini buat selama-lamanya. Ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita juga akan tua suatu hari nanti. (Ayat Pendahuluan) Sebagai seorang anak, sewajarnya kita menjaga ibu bapa yang sudah tidak berdaya untuk melakukan aktiviti rutin mereka.(Ayat Topik) Rumah-rumah orang tua yang bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan bukanlah tiket untuk kita menghantar ibu bapa yang uzur ke sana. Suatu masa dahulu, ibu bapa kita sihat dan bertenaga untuk melakukan pekerjaan demi memberi sesuap nasi dan seteguk air kepada kita. Kini, tiba pula giliran kita membalas jasa-jasa ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita. Justeru, menjaga ibu bapa yang uzur adalah tanggungjawab anak-anak. Anak-anak tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing terhadap ibu bapa mereka. Seharusnya anak-anak bersikap seperti terlentang sama-sama menadah embun, tertiarap sama-sama makan pasir. Anak-anak yang bertanggungjawab akan bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka yang uzur kerana hayat mereka tidak lama. Janganlah kita menyesal sehingga mengalir air mata darah selepas ibu bapa kita menutup mata buat selama-lamanya. Sayangilah ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. (Ayat Huraian) Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak menjaga ibu bapa yang uzur agar rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah orang tua akan berkurangan penghuninya.(Ayat Penyimpul)

ISL 14

Bahan bantu mengajar boleh menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu isi pelajaran dan sekali gus mengelakkan kebosanan dan ketegangan, mengekalkan tumpuan pemerhatian dan pemikiran murid kepada apa yang hendak diajarkan dan sekali gus mengelakkan masalah disiplin dalam semasa di dalam bilik darjah, mencetuskan pemikiran murid dan sekali gus mengelakkan suasana mengantuk dan kebuntuan fikiran, serta menyeronokkan emosi dan rohani murid dan sekali gus mengelakkan kebosanan di kalangan murid;Bahan sumber daripada internet. Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.
Bahan bantu mengajar yang dipilih untuk menghasilkan karangan perlulah
ü Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
ü Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.
ü Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.
ü Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid.
ü Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa
ü Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru
ü Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

Jenis-jenis bahan rangsangan (Bahan Bantu Mengajar)
1.   Bahan sumber daripada internet
Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

2.   Bahan sumber digital
Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

3.   Bahan audio dan audio visual
Diambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan.

4.   Bahan audio dan audio visual
Diambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan

5.   Gambar-gambar
Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera

6.   Filem
Filem jalur atau filem slaid.





1 comment: